Pages

Sunday, 3 April 2011

CERITERA SIPUTSEDUT...

Ramai kawan2 aku suruh aku buat blog. Aku pun tak tau la apa faedah buat natang ni. Jadi skrg ni aku buat blog aku untuk suka-suki aku isi masa lapang yang tak berapa nak lapang.

Ramai yang Tanya apa kejadah minat sgt dgn siput sedut. Padahal seumur idup cuma sekali je aku pelahap natang tu berpinggan-pinggan. Sedap gak…layan…

Pada suatu hari..cewah..poyo ah.., ok, time tu aku form 2, time kelas cikgu Rodziah, cikgu bahasa melayu aku, dia buat induction mcm budak2 universiti slalu buat. Dia suruh semua satu kelas cari satu nick name pelik2 yang orang bleh ingat kita sampai bila2. Tudia, jenuh gak dok pikiaq nama apa yang pelik. Lepas tu cikgu semua orang tolak meja ngn kerusi ketepi, kami buat bulatan kat dalam kelas.

Lepas tu cikgu suruh sorang demi sorang sebut nama pelik..haha..gelabah gilak aku. Aku tak dapat idea lagi. Sorang demi sorang sebut nama pelik yang depa suka. Ada yang sebut labi, tilan, sam, sepet, semua ada..memang pelik ah. Tiba-tiba sampai giliran aku…haha..spontan ja aku sebut “SIPUTSEDUT…!!!” tudia semua pakat gelak kat aku. Lantak la kan, janji dah ada nama. Ambik hah…!!!

Bermula dari hari tu, nama SIPUTSEDUT agak glamer sikit. Selalu disebut. Aku pun lukis macam satu logo dari perkataan SIPUTSEDUT tu lalu aku lukis kat semua buku2 rujukan PMR dgn SPM. Masa aku masuk Sekolah Teknik Taiping pun aku guna lagi nama tu. Wah..makin glemer siputsedut.

Macam kanak riang kan. Relax la…buat pa nak serius sgt. Malam masih muda. Yang penting HATI KERING. Bak kata sorang kawan aku, Faizal Sabudin….

Babai....

p/s: weh..weh..aku dah terbuat karangan plak...muahahaha...

1 comments:

CHE ROSSLI said...

Hijau Molek

Post a Comment