Pages

Friday 29 April 2011

Pulau Redang 1

5 comments
Masa aku belajar kat UiTM Dungun dulu, aku berkesempatan mengunjungi dua buah pulau yang cantik di Terengganu. Pertama Pulau Kapas dan kedua Pulau Redang. Kedua-dua buah pulau ni ada kelebihan tersendiri. Cantik dan indah disebabkan khazanah laut yang masih lagi terpelihara.

Sebenarnya aku berpeluang mmengunjungi pulau-pulau ni pun sebab aku ikut serta aktiviti dari Kelab Cakna Alam UiTM Dungun. UiTM kan bayak duit, apa salahnya kalau kami menghabiskannya. Aku melawat Pulau Redang dan Pulau Kapas ni rasanya dalam tahun 2007 dulu. Lama dah pun tapi tetap KLMJ. KLMJ tu apa dia? Hah..cari sendiri.

Tapi kali ni aku nak kongsikan apa yang ada kat Pulau Redang je sebab koleksi gambar kat Pulau Kapas hilang mana entah. Okey, kat sekitar Pulau Redang ni ada banyak lagi pulau-pulau kecil yang cantik seperti Pulau Mutiara dan Pulau Pinang. Pasir yang gebu, batu karang yang warna-warni, ikan-ikan yang comel serta laut yang biru memang mendamaikan.

Ni Naim, salah seorang peserta yang memang akan teruja bila jumpa pantai.

Walaupun panas terik, tapi kami tetap akan berkubang. Gila air...

Langit yang cerah.

Sila klik kat gambar untuk besar dan baca apa amaran kat papan tanda tu.

Nampak tak tu. Banyak lagi pulau-pulau kecil.

Jeti Pulau Redang. Kalau nak tau, kat celah-celah bukit tu ada landasan kapal terbang. Betul ni, aku tak tipu.

Cantik weh tempat ni. Aku ingat nak bulan madu kat sini la. (Bila tu...???)

Pak cik tu tengah cerita pasal belut elektrik. Sebab ada sepasang tengah dating dalam tu. Kami nak terjah.

Ni sorang lagi, pantang nampak air, padahal tak reti berenang pun.

Binatang apa ni weh..???

Banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni. Selagi kita pandai jaga selagi tu akan kekal cantik dan indah. Cukup la kot sikit-sikit. Lain kali la pulak.

BABAI......

Tuesday 26 April 2011

Tanjung Harapan, Klang, tempat menarik untuk melihat matahari terbenam.

2 comments
Tanjung Harapan terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang Utara. Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang setengah jam kalau menaiki motosikal. Apa yang menarik tentang tempat ni? Bagi aku mesti lah sebab nak tengok matahari terbenam.

Kalau nak pergi tempat ni dari Shah Alam senang aje. Naik motor untuk elak trafic jamm. Dari Faderal Highway, masuk ke Bukit Raja (highway depan Jaya Jusco) terus sampai penghujung jalan. Masuk tol atau pun tidak sama saja. Penghujung jalan adalah Tanjung Harapan. Senang kan.

Satu hari selepas selesai Final Exam, aku ajak dua orang kawan aku pegi sana, Hafiz dan Nordin. Kebosanan melampau kat rumah adalah penyebab kami pergi melepak. Jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap.

Nordin yang tangkap gambar ni. Terima kasih adik, jadi model.

Ni Hafiz yang poyo.

Ni pulak Nordin yang jiwang.

Ada sebuah replika kapal layar. Boleh naik atas tu.

Hah tengok ar..kan dah cakap, Nordin seorang yang jiwang lagi penyayang.

Pergi sini semata-mata nak minum teh o je. Mahal sikit, RM1.50 segelas. Selain tu aku nak rekemen kat anda semua, tauhu bakar kat sini memang sedap sangat. Si Nordin yang tak makan tauhu pun boleh ketagih dengan tauhu bakar sini.

Matahari dah terbenam sudah. Tinggal sinar mega nan merah. Tunggu apa lagi woit, dah-dah, jom pi surau pulak. Solat maghrib..!!

Tuesday 19 April 2011

Sawah Padi Belakang Rumah

6 comments
Weh..mai sini tengok. Gambar-gambar keliling rumah aku. Satu hari masa tu tengahari panas terik, aku ajak sepupu aku pi bergambar...
Gambar-gambar ni aku shoot menggunakan kamera handset Sony Ericson 5 MegaPixel sepupu aku punya. Kebanyakannya adalah kat belakang rumah sebab luas sket pemandangan dia...

Ni depan rumah aku seberang tali air. Aku guna khidmat sepupu aku untuk shoot gambar aku sendiri.

Ini la sepupu aku,Iqbal.

Kat sini adalah port melepak aku ngn sepupu sepapat aku. Lepak kat sini syok gila dengan angin sepoi-sepoi bahasa sambil makan buah pelam cicah sos buat sendiri.

Ni sawah padi Pak Cik aku...

Dah ar tu sikit-sikit. Lain kali la pulak aku post gambar-gambar.

Sekian...har..har..har..haruan..

Sunday 3 April 2011

CERITERA SIPUTSEDUT...

1 comments
Ramai kawan2 aku suruh aku buat blog. Aku pun tak tau la apa faedah buat natang ni. Jadi skrg ni aku buat blog aku untuk suka-suki aku isi masa lapang yang tak berapa nak lapang.

Ramai yang Tanya apa kejadah minat sgt dgn siput sedut. Padahal seumur idup cuma sekali je aku pelahap natang tu berpinggan-pinggan. Sedap gak…layan…

Pada suatu hari..cewah..poyo ah.., ok, time tu aku form 2, time kelas cikgu Rodziah, cikgu bahasa melayu aku, dia buat induction mcm budak2 universiti slalu buat. Dia suruh semua satu kelas cari satu nick name pelik2 yang orang bleh ingat kita sampai bila2. Tudia, jenuh gak dok pikiaq nama apa yang pelik. Lepas tu cikgu semua orang tolak meja ngn kerusi ketepi, kami buat bulatan kat dalam kelas.

Lepas tu cikgu suruh sorang demi sorang sebut nama pelik..haha..gelabah gilak aku. Aku tak dapat idea lagi. Sorang demi sorang sebut nama pelik yang depa suka. Ada yang sebut labi, tilan, sam, sepet, semua ada..memang pelik ah. Tiba-tiba sampai giliran aku…haha..spontan ja aku sebut “SIPUTSEDUT…!!!” tudia semua pakat gelak kat aku. Lantak la kan, janji dah ada nama. Ambik hah…!!!

Bermula dari hari tu, nama SIPUTSEDUT agak glamer sikit. Selalu disebut. Aku pun lukis macam satu logo dari perkataan SIPUTSEDUT tu lalu aku lukis kat semua buku2 rujukan PMR dgn SPM. Masa aku masuk Sekolah Teknik Taiping pun aku guna lagi nama tu. Wah..makin glemer siputsedut.

Macam kanak riang kan. Relax la…buat pa nak serius sgt. Malam masih muda. Yang penting HATI KERING. Bak kata sorang kawan aku, Faizal Sabudin….

Babai....

p/s: weh..weh..aku dah terbuat karangan plak...muahahaha...