Pages

Tuesday, 26 April 2011

Tanjung Harapan, Klang, tempat menarik untuk melihat matahari terbenam.

Tanjung Harapan terletak berhampiran dengan Pelabuhan Klang Utara. Perjalanan dari Shah Alam mengambil masa lebih kurang setengah jam kalau menaiki motosikal. Apa yang menarik tentang tempat ni? Bagi aku mesti lah sebab nak tengok matahari terbenam.

Kalau nak pergi tempat ni dari Shah Alam senang aje. Naik motor untuk elak trafic jamm. Dari Faderal Highway, masuk ke Bukit Raja (highway depan Jaya Jusco) terus sampai penghujung jalan. Masuk tol atau pun tidak sama saja. Penghujung jalan adalah Tanjung Harapan. Senang kan.

Satu hari selepas selesai Final Exam, aku ajak dua orang kawan aku pegi sana, Hafiz dan Nordin. Kebosanan melampau kat rumah adalah penyebab kami pergi melepak. Jom layan beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap.

Nordin yang tangkap gambar ni. Terima kasih adik, jadi model.

Ni Hafiz yang poyo.

Ni pulak Nordin yang jiwang.

Ada sebuah replika kapal layar. Boleh naik atas tu.

Hah tengok ar..kan dah cakap, Nordin seorang yang jiwang lagi penyayang.

Pergi sini semata-mata nak minum teh o je. Mahal sikit, RM1.50 segelas. Selain tu aku nak rekemen kat anda semua, tauhu bakar kat sini memang sedap sangat. Si Nordin yang tak makan tauhu pun boleh ketagih dengan tauhu bakar sini.

Matahari dah terbenam sudah. Tinggal sinar mega nan merah. Tunggu apa lagi woit, dah-dah, jom pi surau pulak. Solat maghrib..!!

2 comments:

saya gemuk saya comel..^^ said...

cantiknyekkkk...suke2

AZIZUL MIJAN said...

cantik kan..ciptaan ALLAH..
pape pun trima kaseh...

Post a Comment