Pages

Friday 29 April 2011

Pulau Redang 1

Masa aku belajar kat UiTM Dungun dulu, aku berkesempatan mengunjungi dua buah pulau yang cantik di Terengganu. Pertama Pulau Kapas dan kedua Pulau Redang. Kedua-dua buah pulau ni ada kelebihan tersendiri. Cantik dan indah disebabkan khazanah laut yang masih lagi terpelihara.

Sebenarnya aku berpeluang mmengunjungi pulau-pulau ni pun sebab aku ikut serta aktiviti dari Kelab Cakna Alam UiTM Dungun. UiTM kan bayak duit, apa salahnya kalau kami menghabiskannya. Aku melawat Pulau Redang dan Pulau Kapas ni rasanya dalam tahun 2007 dulu. Lama dah pun tapi tetap KLMJ. KLMJ tu apa dia? Hah..cari sendiri.

Tapi kali ni aku nak kongsikan apa yang ada kat Pulau Redang je sebab koleksi gambar kat Pulau Kapas hilang mana entah. Okey, kat sekitar Pulau Redang ni ada banyak lagi pulau-pulau kecil yang cantik seperti Pulau Mutiara dan Pulau Pinang. Pasir yang gebu, batu karang yang warna-warni, ikan-ikan yang comel serta laut yang biru memang mendamaikan.

Ni Naim, salah seorang peserta yang memang akan teruja bila jumpa pantai.

Walaupun panas terik, tapi kami tetap akan berkubang. Gila air...

Langit yang cerah.

Sila klik kat gambar untuk besar dan baca apa amaran kat papan tanda tu.

Nampak tak tu. Banyak lagi pulau-pulau kecil.

Jeti Pulau Redang. Kalau nak tau, kat celah-celah bukit tu ada landasan kapal terbang. Betul ni, aku tak tipu.

Cantik weh tempat ni. Aku ingat nak bulan madu kat sini la. (Bila tu...???)

Pak cik tu tengah cerita pasal belut elektrik. Sebab ada sepasang tengah dating dalam tu. Kami nak terjah.

Ni sorang lagi, pantang nampak air, padahal tak reti berenang pun.

Binatang apa ni weh..???

Banyak tempat-tempat menarik kat Malaysia ni. Selagi kita pandai jaga selagi tu akan kekal cantik dan indah. Cukup la kot sikit-sikit. Lain kali la pulak.

BABAI......

5 comments:

syafiqah nadia said...

waaaaa...awat pic cheq xdak?? hehehee terbaek lahh tmpat ni .. like this

Akhi Nuramal said...

"kenangan bersamamu kasih,seumpama mimpi didalam mimpi,terasa engkau disisi,menemaniku saban hari"

AZIZUL MIJAN said...

nad: ni siri satu..ada byk lg koleksi gambar..
azam: hang nk p karoke ka?

syafiqah nadia said...

owhh dat means nti siri 2 ada la pic i?? hehee

CIK TOM said...

pulau redang ni cantik kan..cik tom pergi bulan 3 aritu..mmg best!

Post a Comment